Thursday, June 23, 2011

Kisah Kekasih

Nama watak dalam citer ni xde kena mengena dengan sesapa k..

--------------------

"abg... tlg dtg umah segera, urgent".

Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam
kabut hidupkan enjin kereta.

Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi.
Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok
semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan
Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah.Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx'
dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina... gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15
kali dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja.
Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi,
Baizura kerja shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab.

Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan
perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan,
ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia berdoa sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang
mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina.Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis.

"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam sendu. "hu... hu... "

" Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"

"Hu..hu"

Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina. Hakim goncang bahu Ina.

"Ina, what hell is going on... tell me!!" Suara Hakim kuat kali ini. Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

"Bang, Ina lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi."

-----------------
Heheh... thankz coz reading

Cite tahun lepas...

Kisah ni suppose ni post bulan 12 tahun lpas hehe… hmm mean selepas entry kitorang bercuti kat Terengganu aritu….

.................................................

Al-kisah sejak keberangkatan tiba puan isteri dari bintulu, impian aku nk datang lebih awl b4 9am xpenah kesampaian hehe.. so mai lambt mean balik lmbat lagi.. ni sume gara2 puan wife kesayangan aku masak secret recipe nasi goreng dia la hehe.. tq puan wife.. hm arini keje cam biase.. xda task khusus lagi, juz task2 sampingan n rutin ja.. part system2, coding2 aku da settlekan semalam..

Oh ya, skng da disember mean da masuk lebih 2 bulan aku start keje kat sni.. senang kira 2 bulan la.. yg trlebih 1,2 hari tu kira halal.. Setakat ni, keje ok.. masuk ikut suka, balik pas 9jam.. umah plak xjauh.. so bole take time pk nk elak2 jem.. tp jem pun xberapa nk truk klu pepagi tu if timing kita cantek.. biasanya xda mslh besarla if ari2 biasa juz klu ujan ja agk sukar..

Actually pas abis ja berpraktikal kat utm dlu.. aku ada gk wt2 keje installation systm n ajau2 ckit kt staff sana.. system tu as aku bgtau sblum ni memang still testing lg nk tgk cmna real time process then if suma da ok barula baru la bole plan mana part nk modified, nk tmbah.. aku memang da plan part2 interface n functionality tu nk kasi ngam lg.. tp ntah ape kes ntah.. konflik-dalaman-apa-nama-ntah hehe.. suma tu trus senyap trmasuklah cite nk bg “token” la apa la, offer position SA la.. ceh..

Tapi aku xkisah suma tu, biau le.. skng dgr2 cite nk bli dari luar hehe, tu pun ade prob security dgn win 7 haha.. biau le.. diorg byk duit hehe. Actualy part tu da bole setel dah skng ni.. macam2 bnda bole enhance utk systm2 cmtu… apa yg penting.. life aku skng dah bertambah baik.. Alhamdulillah…

.................................................

Ok Done utk kali ni.. Cauz……..

Wednesday, June 22, 2011

Salam Kembali...Kebaikkan menderma darah

Peh.. setelah sekian lama, ari ni aku ade mood skit hapdet blog ni.. suma gara2 puan isteri yg kata nk baca entry padahal tiap2 hari ngadap kt umah dah sume bnda abis aku citer kt dia... apa lg yg dia nk baca ntah hmmm...

Ari ni.. ade kempen derma darah kat opis.. aku smpat la menjoinkan diri.. lgpun last time derma darah ni bulan 10 tahun lpas.. so utk membantu mengalakkan korang2 tu utk menderma darah.. ni aku listkn antara faedah menderma darah…

  • Menderma darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru secara tidak langsung akan meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.
  • kecekapan badan menggunakan zat besi dalam badan akan meningkat kerana ia diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah yang baru. Proses ini membantu mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelakkan pengumpulan zat besi berlebihan di jantung yang boleh menyebabkan sakit jantung.
  • Setiap kali menderma darah, sebahagian daripada zat besi akan dikeluarkan dari badan. Ada kajian menunjukkan zat besi berlebihan akan mempercepatkan pengoksidanan (oksidasi) kolesterol, satu proses yang dianggap boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan akhirnya mengakibatkan penyakit kardiovaskular (serangan jantung dan strok).
  • Selain itu secara psikologi, penderma darah sebenarnya berasa lebih tenang kerana mempunyai tahap kesihatan yang baik
  • Menderma darah boleh menyihatkan badan kerana badan menghasilkan sel darah baru bagi mengganti darah yang diderma. Secara semula jadi, badan menggantikan semula darah ini dalam masa 72 jam.
  • Satu unit darah (antara 300 hingga 450 mililiter) dapat menyelamatkan nyawa mangsa demam denggi, kemalangan (yang kehilangan banyak darah), ibu yang tumpah darah ketika bersalin, pesakit talassemia, anemia, leukemia dan haemofilia, mangsa kebakaran serta bayi yang perlu menjalani pertukaran darah.


Haha, cite derma darah pun bole buat 1 entry… so selamat menderma darah.. Wasallam

Tuesday, June 21, 2011

The Return...

Hola....

Coming soon.... I'll be back... byk bnda mau tepek kt sni.. tp bz lg skng ni...