Peh.. setelah sekian lama, ari ni aku ade mood skit hapdet blog ni.. suma gara2 puan isteri yg kata nk baca entry padahal tiap2 hari ngadap kt umah dah sume bnda abis aku citer kt dia... apa lg yg dia nk baca ntah hmmm...
Ari ni.. ade kempen derma darah kat opis.. aku smpat la menjoinkan diri.. lgpun last time derma darah ni bulan 10 tahun lpas.. so utk membantu mengalakkan korang2 tu utk menderma darah.. ni aku listkn antara faedah menderma darah…
- Menderma darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru secara tidak langsung akan meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.
- kecekapan badan menggunakan zat besi dalam badan akan meningkat kerana ia diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah yang baru. Proses ini membantu mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelakkan pengumpulan zat besi berlebihan di jantung yang boleh menyebabkan sakit jantung.
- Setiap kali menderma darah, sebahagian daripada zat besi akan dikeluarkan dari badan. Ada kajian menunjukkan zat besi berlebihan akan mempercepatkan pengoksidanan (oksidasi) kolesterol, satu proses yang dianggap boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan akhirnya mengakibatkan penyakit kardiovaskular (serangan jantung dan strok).
- Selain itu secara psikologi, penderma darah sebenarnya berasa lebih tenang kerana mempunyai tahap kesihatan yang baik
- Menderma darah boleh menyihatkan badan kerana badan menghasilkan sel darah baru bagi mengganti darah yang diderma. Secara semula jadi, badan menggantikan semula darah ini dalam masa 72 jam.
- Satu unit darah (antara 300 hingga 450 mililiter) dapat menyelamatkan nyawa mangsa demam denggi, kemalangan (yang kehilangan banyak darah), ibu yang tumpah darah ketika bersalin, pesakit talassemia, anemia, leukemia dan haemofilia, mangsa kebakaran serta bayi yang perlu menjalani pertukaran darah.
Haha, cite derma darah pun bole buat 1 entry… so selamat menderma darah.. Wasallam
0 comments:
Post a Comment