Info ni dipetik drpd berita harian
Duduk terlalu lama bahaya kesihatan. Kajian dapati amalan punca serangan jantung
LONDON: Saintis memberi amaran duduk untuk satu tempoh lama boleh membahayakan kesihatan walaupun bagi mereka yang selalu bersenam.
Penyelidikan menunjukkan mereka yang banyak menghabiskan masa dalam keadaan duduk tidak kira di pejabat, sekolah, dalam kereta atau di depan komputer besar kemungkinan mengalami kegemukan, menghadapi risiko serangan jantung atau jatuh mati.
Beliau berkata, gen yang mengatur jumlah glukos dan lemak dalam badan akan mula berhenti bertindak jika seseorang duduk pada tempoh lama.
Pakar aktiviti fizikal di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tim Armstrong, berkata mereka yang bersenam setiap hari, tetapi banyak menghabiskan masa duduk mungkin tidak dapat manfaat aktiviti senaman mereka.
Satu kajian diterbit tahun lalu yang menjejaki tabiat 17,000 warga Kanada bagi tempoh 12 tahun, mendapati mereka yang duduk paling lama berdepan risiko kematian lebih tinggi, walaupun mereka kerap bersenam.
"Kita masih tidak mempunyai bukti cukup untuk menyatakan tempoh duduk yang boleh dikatakan membahayakan," kata Peter Katzmarzyk dari Pusat Penyelidikan Biomedikal Pennington di Baton Rouge, yang mengetuai kajian di Kanada berkenaan.
p/s :- Penting bnda ni... jarang aku rajin post entry tntg kesihatan even copy paste hehe
0 comments:
Post a Comment